30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kampung Paka 2 dipilih jayakan Program Promosi Kesihatan

KENANGAN….Theeshali (dua dari kiri) dan rakan-rakannya merakam gambar bersama sebahagian penduduk Kg.Paka Dua Ranau.

RANAU: Program Promosi Kesihatan tajaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijalankan oleh 11 orang pelajar di Kg.Paka Dua di sini berjalan lancar dan teratur seperti yang dirancang bermula sejak 9 September dan akan berakhir pada16 September ini.

Ketua Kumpulannya, Theeshali A/P Murugan 20, berkata semua pelajar UMS terlibat telah menjalankan program itu dengan bersungguh-sungguh dengan keyakinan diri yang tinggi serta positif berdasarkan program Pertubuhan Kebajikan Impak Komuniti Sabah (PIKSOS), Diabetes Dan Warisan Terbilang Enterprise.

“Kami berterima kasih dengan sambutan serta kerjasama daripada penduduk Kg.Paka Dua, yang ramah-tamah memudahkan kami berinteraksi dengan baik”, jelas Theeshali mewakili rakan-rakannya dalam Kumpulan 10.

Promosi Kesihatan seumpama itu katanya, dapat memberi pendedahan berkaitan masalah kesihatan komuniti kepada pelajar perubatan dan kejururawatan yang dijalankan  menerusi aktiviti  menemuramah penduduk, melakukan Saringan Kesihatan dan pelbagai acara Promosi Kesihatan.

Sementara itu, salah seorang penduduk Kg.Paka Dua, Nazri Abdullah ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih kepada pihak UMS kerana memilih Kg.Paka Dua sebagai lokasi menjalankan program Promosi Kesihatan tersebut yang sememangnya amat penting bagi penduduk setempat.

“Saya mewakili penduduk berterima kasih kepada UMS terutama para pelajar terlibat menjayakan program itu di kampung kami tahun ini dan mengharapkan akan dipilih lagi dengan program yang lain pada masa akan datang”, tambah Nazri.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN