29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kakitangan awam perlu responsif kepada keperluan kerajaan, kehendak rakyat: Bung

TAHNIAH…Bung diiringi Dua Pembantu Menteri Robert Limus bersama para penerima anugreh Perkhidmatan Cemerlang KKRS 2020 dan Anugreh Anugreh SUT 2020

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: : Warga kerja sesebuah organisasi kerajaan yang merupakan penggerak utama perkhidmatan awam perlu responsif kepada keperluan kerajaan dan kehendak rakyat.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata modal insan berkepakaran tinggi dan profesional adalah kunci utama kejayaan sesebuah organisasi sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.
“Kita sebagai warga kerja Kementerian Kerja Raya (KKRS) haruslah memberikan komitmen yang jitu dalam menjalankan tugas dan juga menetapkan iltizam yang utuh untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi iaitu perkhidmatan yang selamat, berkesan, berpaksikan pelanggan, saksama, efisien dan menepati waktu atau masa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2020 (KKRS) di bilik mesyuarat Kinabalu Jabatan Kerja Raya di sini hari ini
Turut hadir Pembantu Menteri Kerja Raya Satuk Robert Tawik, Datuk Limus Jury, Setiausha Tetap KKRS Datuk Jasmin Juplin, Timbalan Setiausaha Tetap II KKRS Hassan Mahali
Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya , kerajaan sentiasa mengiktiraf budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa yang diberikan oleh penjawat awam termasuk pemberian anugerah atau ganjaran.
“Melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini, saya berharap ia akan menjadi motivasi kepada pegawai dan kakitangan untuk terus memberikan komitmen dan mempergiatkan daya usaha bagi mencapai produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi,” katanya.
Selain itu Bung berkata perkhidmatan awam yang sentiasa dekat dengan rakyat perlu dilihat sebagai satu perkhidmatan yang sentiasa bersih dan menjadikan integriti sebagai teras utama.
“Apabila menyentuh tentang integriti, fokus kita bukan hanya kepada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa semata-mata yang melibatkan wang ringgit malah merupakan satu konsep yang lebih besar dan lebih meluas, integriti bermaksud kita memberikan yang terbaik,” katanya.
Pada majlis itu, 3 orang kakitangan KKR dari pelbagai peringkat jawatan telah terpilih menerima APC 2020 dan seramai 6 orang menerima anugreh Setiausaha tetap KKRS 2020.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN