29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jumlah penerima vaksin di Ranau terus meningkat

Dr.Edwaider (kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang warga emas (berkerusi roda) yang akan menerima suntikan.

RANAU:Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau, terus menyaksikan peningkatan jumlah penduduk yang menerima suntikan vaksin mengekang  pandemik Covid-19.

Tinjauan penulis di PPV dewan masyarakat Ranau pagi tadi (27 Ogos) mendapati  seramai 905 orang hadir menerima suntikan jenis Sinovac dos 1 (400 orang) dan  504 orang menerima suntikan kedua dos 2 dengan Pfizer beratur dengan penuh disiplin menunggu giliran suntikan masing-masing.

Di PPV itu juga menyaksikan ramai warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak ketinggalan turut hadir menunaikan tanggungjawab  mereka menerima suntikan vaksin meskipun dibawa ahli keluarga dengan berkerusi roda.

Sebahagian orang ramai hadir menerima suntikan vaksin mengekang pandemik Covid-19.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Ranau merangkap Ketua Pegawai Penyelaras PPV Dewan Masyarakat Ranau, Dr.Edwaider Koimon ketika di temui mengharapkan lebih ramai penduduk daerah ini tampil menerima suntikan vaksin bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang kini masih belum berakhir.

“Untuk memutuskan rantaian Covid-19 adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, Lindung Diri, Lindung semua’ “, tambah Dr.Edwaider.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN