Sebahagian pelajar yang diiringi ibu bapa masing -masing untuk menerima suntikan dos pertama di PPV Dewan Masyarakat Ranau.
RANAU: Jumlah pelajar sekolah menengah (SMK) dan Sekolah Rendah (SK) di daerah ini terus menerima imunisasi vaksin terus bertambah.
Hari ini (18 September) lebih 400 orang pelajar SMK dan SK berumur 12-17 tahun hadir menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer dan Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau bersama 110 orang adalah yang mendaftar menerusi Mysejahtera menerima suntikan dos kedua.
Hari berikutnya (Ahad dan Isnin 19-20 Sept) dijangka bilangan pelajar menghadiri untuk menerima suntikan dos pertama akan bertambah dengan adanya kesedaran para ibu bapa atas kepentingan untuk memberi suntikan kepada anak-anak mereka mengekang jangkitan Covid-19.
“Kesedaran ibu bapa untuk membawa anak untuk menerima vaksin adalah amat penting bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti seluruhnya”, jelas J.Sam sundin kakitangan Jabatan Pertanian Ranau, yang turut menemani dua anaknya menerima suntikan vaksin.
Ramai menyifatkan inisiatif pihak kerajaan membenarkan mereka yang berumur 12-17 tahun untuk menerima suntikan vaksin adalah penting mengekang jangkitan Covid-19 yang kini belum berakhir.
“Kita mengharapkan pandemik ini akan segera berakhir agar kehidupan rakyat dan ekonomi negara akan kembali pulih”, jelas Cikgu Wasli@Badin Bin Keidang dari SMK.Tamparuli yang mengiringi dua anaknya untuk menerima suntikan dos pertama di PPV tersebut.