JUIL Nuantim calon parti Warisan Limbahau.
Papar: Calon parti Warisan kawasan Limbahau, Datuk Juil Nuamtim berjanji jika terpilih sebagai wakil rakyat untuk berusaha membawa dan merubah landskap pembangunan kawasan Limbahau kearah yang lebih baik.
Dalam satu pertemuan bersama media, Juil yang sememangnya terkenal dengan sikap ramahnya menjelaskan Limbahau memerlukan perhatian secukupnya dalam pelbagai aspek.
“Sekiranya kita bercakap soal pembangunan infrastruktur, Limbahau sebagai satu dikawasan DUN yang baharu …tidak perlu kita sembunyikan…kemudahan infrastruktur jauh ketinggalan dengan jalanraya memerlukan penurapan dan pembaikan.
“Meskipun Limbahau itu tidak seperti kawasan lain yang kepadatan penduduknya tidak begitu tinggi, namun bilangan 20, 000 lebih itu boleh dianggap besar juga.
“Kita mahu melihat kemudahan asas seperti jalanyara yang baik agar penduduk tempatan yang bergantung hidup dengan hasil tanaman dapat memasarkan hasil tanaman mereka dengan mewujudkan tamu mingguan” katanya.
Menurut Juil lagi, selain memerlukan sistem jalanraya yang baik, kawasan ini juga memerlukan sistem telekomasi kerana ramai penduduk di kawasan ini yang sudah celik teknologi dan memiliki gajet yang memerlukan talian internet yang dapat berfungsi dengan baik
Dalam waktu yang sama beliau juga akan menyuarakan agar kawasan Limbahau yang agak luas dan juah dari kawasan bandar memerlukan sebuah Klinik Kesihatan bukan sahaja bagi menjamin kesihatan penduduknya tetapi juga kawasan Limbahau terus dibangunkan dengan mengutamakan keperluan setempat.
Juil berkata Limbahau juga tidak mempunyai sekolah menengah dan dengan kedudukan geografinya yang jauh daripada bandar dan pekan besar sekolah menengah berasrama juga diperlukan.
Ketika ini katanya, pelajar-pelajar Limbahau terpaksa bersekolah di SMK Kinarut yang hanya ada kapasiti lebih kurang 1, 000 pelajar dan berikutan ianya melebihi kapasiti, dua sesi persekolahan terpaksa dilaksanakan dan asrama juga tidak dapat menampung keperluan penduduk yang sebilangannya daripada Limbahau.
“Oleh yang demikian, sebagai calon Limbahau, sekiranya memperolehi mandapat rakyat, sudah semestinya, saya akan berusaha perjuangkan agar klinik kesihatan dan sekolah menengah berasrama ini dapat didirikan di Limbahau selari dengan status Limbahau sebagai kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang baharu.
“Begitu juga keperluan kepada tabung pendidikan dan tabung kecemasan, saya melihat ada keperluan untuk wujudkan dua tabung ini bagi membantu pelajar yang datang dari keluarga miskin dan tidak berkemampuan tetapi mempunyai pencapaian terbaik dalam aspek pendidikan untuk dibantu agar mereka mereka dapat melanjurkan pelajaran keperingkat tertinggi” katanya.
Sementara itu katanya, Tabung Kecemasan pula akan digunakan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan kecemasan seperti hilang punca pendapatan dan lain-lain berkaitan kecemasan.
Juil yang mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin pembangunan masyarakat ketika era pemerintahan lalu telah memudahkan lagi beliau untuk mendekati, mendengar dan memahami rintihan ‘nadi’ rakyat, untuk dibantu dan diperjuangkan.
Beliau juga aktif dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) seperti Pusat Serenti, Papar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK ST. Joseph Papar, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Papar dan Persatuan Kadazandusun dan Murut Malaysia membolehkan beliau mudah mendekati dan didekati rakyat berbilang kaum.
Juil Nuatim memegang beberapa jawatan penting sepanjang penglibatannya dalam program kemasyarakatan dan pembangunan sukan seperti ahli lembaga Pusat Serenti, Papar, pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Papar, Pengerusi PIBG SMK ST. Joseph dan pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas, Papar.
Beliau juga menjawat jawatan sebagai pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Papar, presiden Persatuan Bola Sepak, Papar, timbalan presiden Persatuan Kadazandusun dan Murut Malaysia dan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA).
Untuk rekod, Kerusi Dewan Undangan Negeri baharu Limbahau, antara satu daripada tiga konstituensi Parlimen Papar dan merupakan antara 13 pertambahan kerusi baharu DUN dengan majoriti penduduknya adalah suku kaum Kadazandusun Murut (KDM).
Temuramah khas dikendalikan oleh exco penerangan negeri Parti Warisan Sabah (Warisan) Rosli Awang Damit (merangkap setiausaha bahagian Warisan Labuan) dan exco penerangan negeri Arsha Salleh.
TAMAT