25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

JPNIN bantu kerajaan perkukuh semangat perpaduan: Jonathan

Datuk Jonathan (depan) melakukan ‘Flag Off’ Jelajah Perpaduan Ranau 2025 Sempena Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah bertempat di tapak Tamu Mingguan Daerah Ranau.

RANAU: Peranan dan usaha berterusan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang telah membantu kerajaan memupuk dan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat wajar dipuji dan dihargai.


Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata peranan JPNIN melalui pelbagai program di semua peringkat masyarakat telah banyak menyumbang kepada keharmonian negara.


“Sebagai pemimpin di daerah ini, saya dapat melihat JPNIN khususnya di Ranau telah berjaya melaksanakan pelbagai program selaras dengan misi dan visi jabatan itu,” katanya.


Bagaimanapun, menurut beliau, JPNIN juga memerlukan sokongan penuh dan penglibatan masyarakat dari semua peringkat tanpa mengira kaum, fahaman agama, ideologi politik dan budaya.


Jonathan berkata demikian ketika melakukan ‘Flag Off’ Jelajah Perpaduan Ranau 2025 Sempena Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah bertempat di tapak Tamu Mingguan Daerah Ranau.


“Program hari ini adalah program jelajah dari Ranau ke Sandakan iaitu program di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional yang merupakan sebahagian daripada Sambutan Minggu Perpaduan 2025 di Bandaraya Sandakan.


“Kita mendoakan agat perjalanan mereka dalam keadaan baik dan selamat dan selamat mengikuti semua acara dan balik ke Ranau dengan selamat,” katanya.


Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Perpaduan kerana mengadakan acara itu dan tidak lupa kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program tersebut.


“Kita berharap bahawa ini akan sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi program-program perpaduan di kalangan penduduk di Negeri Sabah ini kerana ianya merangkumi para peserta dari seluruh negeri,” katanya.


Turut hadir, para pegawai dan kakitangan dari JPNIN, para pegawai dan kakitangan dari Pejabat Parlimen Ranau, dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN