Muhammad Azmi bersalaman bersama pemain Ketua Ketua Jabatan yang menyertai perlawanan tersebut.
LABUAN:Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menewaskan pasukan Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan jaringan 5-4 dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan di padang Dataran Labuan, malam tadi.
Perlawanan persahabatan yang berjaya menghiburkan para penonton itu diadakan sempena Program Road To MAHA Labuan 2026 yang sedang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan yang akan berakhir Ahad ini.
Pasukan Ketua Ketua Ketua Jabatan Kerajaan di ketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Dato’ Muhammad Azmi Mohd Zain manakala pasukan JPKK di ketuai oleh Ketua Kampung Batu Manikar Ismail Samad.

Pasukan Ketua Ketua Jabatan (jersey putih) bersama pasukan JPKK.
Turut beraksi mewakili Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kersjaan itu ialahbKetua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail Timbalannya, Fadzilah Mahmud, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Ahmad Zahiruddin Nek Salleh, Ketua Polis Labuan, Superitendan Wan Mohd Firdaus Wan Zaki , Pengarah UMSKAL, Prof. Dr Shamsul Bahari Shamsudin, Pengarsh Majlis Keselamatan Negara, Hafiz Mohd Daud, Pengarah Jabatan Bomba Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, Abd. Rahman Ali serta beberapa ketua ketua jabatan yang lain.
Sementara itu, Muhammad Azmi berkata perlawanan persahabatan itu menjadi medium terbaik untuk mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan kerjasama antara pemimpin masyarakat khususnya JPKK melalui semangat kesukanan.
“Perlawanan persahabatan ini juga menjadi platform memupuk semangat perpaduan dan setia kawan antara kedua dua pasukan disamping mengamalkan gaya hidup sihat”, katanya sejurus tamat perlawanan.



