28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JPKK perlu kenal penduduk yang mereka wakili: Dr.Joachim

WATIKAH…….Dr Joachim bersama penerima watikah perlantikan JPKK bagi kawasan Kundasang.

RANAU: Semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dilantik di negeri ini perlu mengenali penduduk di bawah seliaan mereka bagi memudahkan usaha membantu rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, semua JPKK yang dilantik merupakan orang paling penting dalam kawasan masing-masing oleh itu mereka perlu mengenali semua penduduk di kawasan mereka.

Dengan cara itu katanya, akan memudahkan mereka fokus dalam menjalankan tugas dan menangani masalah rakyat.

“JPKK perlu mengenali semua penduduk yang tinggal di kampung masing-masing. Ini perlu bagi rujukan data penduduk oleh bahagian Pejabat Daerah,” kata Dr. Joachim.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan JPKK.

Bagi kawasan Kundasang seramai lapan orang telah menerima watikah perlantikan yang disaksikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani.

Dr. Jaochim berkata, JPKK perlu mengetahui bilangan penduduk yang ada di kawasan masing-masing dan mengetahui persempadanan kawasan.

Mereka juga katanya, harus bekerjasama dengan ketua kampung sekiranya terdapatnya kehadiran pendatang tanpa izin, masalah jenayah lain serta penyalahgunaan dadah untuk memudahkan tindakan undang-undang diambil.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian menegaskan, tugas JPKK ialah berfokuskan kepada kebajikan dan pembangunan kawasan seperti kemudahan infrastruktur asas.
“Adalah menjadi tanggungjawab kepada JPKK untuk mencari penduduk kampung yang daif untuk diberikan bantuan dan bagi tujuan pembangunan, permohonan juga boleh diserahkan kepada Pejabat ADUN.

“Masalah yang tidak diutarakan oleh pihak JPKK tetapi diviralkan oleh pihak lain, bermakna mereka tidak mengetahui masalah di kampung dan tidak layak menjadi JPKK,” tegasnya.

JPKK juga kata beliau perlu memanfaatkan penggunaan teknologi terkini seperti Whatsapp sebagai salah satu cara berhubung bagi memudahkan penyampai laporan khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN