Junior (kanan)mewakili Robert menyampaikan kerusi dan meja kepada Iderend.
KENINGAU:JPKK Kampung Pogun Antolob dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Kampung Bunsit masing-masing menerima sumbangan kerusi dan meja daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
JPKK Kampung Pogun Antolob menerima sumbangan 100 buah kerusi dan dua buah meja untuk keperluan Dewan Terbuka kampung itu manakala Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Kampung Bunsit menerima 20 buah kerusi dan dua buah meja.
Sumbangan kerusi dan meja itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor Junior Fred Vincent mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya yang masing-masing diterima oleh Pengerusi JPKK Kg.Pogun Antolob Iderend Bin Abie dan Puan Beatrice Bernadus bagi pihak PEDi Kampung Bunsit.
Turut menerima sumbangan 20 buah kerusi dan dua buah meja adalah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Pekan Bingkor yang diterima oleh Kamaludin Said bagi pihak PEDi Pekan Bingkor.
Junior menyampaikan sumbangan kewangan kepada Puan Mary.
Selain menyampaikan sumbangan kerusi dan meja, Junior juga mewakili Robert menyampaikan sumbangan kewangan
kepada Adik Klosee Necolas @ Nicholas dari Kampung Bingkor Baru yang telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris-UPSI Tanjong Malim Perak Darul Redzuan.
Sumbangan ikhlas daripada wakil rakyat Bingkor itu diterima oleh Puan Mary Gimbam, ibu kepada Adik Klosee Necolas.
Sumbangan kewangan ini diperlukan untuk melengkapi sebahagian keperluan semasa mendaftar masuk ke UPSI nanti.