25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JPKK diingatkan sentiasa menjaga kemudahan awam dengan baik: Jahid

JAGA KEMUDAHAN …. Jahid (dua kiri) bersama PPM Tamparuli, Madin Anak (kanan), Boe Sindolun (kiri) menyerahkan kemudahan kerusi dan meja kepada Pengerusi JPKK Kg Kauluan, Awang Ali (dua kanan).

TAMPARULI: Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar sentiasa menjaga kemudahan awam dengan baik, termasuklah kerusi meja untuk kegunaan bersama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan segala fasiliti itu dengan baik seperti milik bersama.

“Justeru, adalah menjadi tanggung jawab kita bersama menjaga kemudahan-kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis singkat penyerahan sebanyak 150 kerusi, empat buah meja dan tambahan kelulusan dua buah khemah kepada JPKK Kampung Kauluan, dekat sini pada Ahad.

Katanya, jika dijaga dengan baik, tempoh penggunaan segala kemudahan yang ada sudah pasti lebih lama, dan memberi kebaikan kepada semua penduduk bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

“Pentingnya kesedaran menjaga kemudahan awam ini diperkukuh, agar dapat digunakan dan dinikmati bersama sampai bila-bila,” tambahnya.

Sumbangan tersebut diterima oleh barisan kepimpinan JPKK Kampung Kauluan, diketuai Pengerusinya, Awang Ali H.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM), Boe Sindolun, Ketua Anak Negeri (KAN) Rony Sundang, dan Ketua Kampung, KK Lisad Unoh.

CAPT:

1 – JAGA KEMUDAHAN …. Jahid (dua kiri) bersama PPM Tamparuli, Madin Anak (kanan), Boe Sindolun (kiri) menyerahkan kemudahan kerusi dan meja kepada Pengerusi JPKK Kg Kauluan, Awang Ali (dua kanan).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN