RANAU: Ahli Parlimen Ranau yang juga mantan Timbalan Menteri II Dalam Negeri, Jonathan Yasin mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Ismail Sabri yang telah diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan.
Beliau yang menyatakan kesetiaannya kepada gabungan Pakatan Nasional (PN) dengan memberi sokongan kepada Ismail sebagai calon Perdana Menteri semasa pemilihan yang diadakan sebelum ini.
“Bagi saya dan sekutu lain dari PN, kami tegas memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Dato Seri Ismail Sabri untuk diangkat sebagai PM baru untuk negara ini.
“Tidak dapat disangkal beliau memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran negara. Selain itu, beliau juga memiliki kemampuan untuk membawa Malaysia maju ke hadapan,” katanya ketika dihubungi media.

Jonathan (depan kanan) berdiri bersama Ahli Parlimen PN lain setelah bertemu dengan yang diPertuan Agong pada hari Khamis
Jonathan berkata, pengalaman Ismail dalam menangani masalah pandemik Covid 19 sebagai anggota penting pentadbiran sebelum ini, akan memudahkannya membuat perancangan yang lebih berhati-hati dan rapi untuk menangani masalah Covid 19 yang akan datang di negara ini.
Sementara itu, Jonathan yang juga anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan spekulasi oleh pihak tertentu yang mengaitkannya dengan menyokong parti lamanya PKR.
Baru-baru ini setelah peletakan jawatan mantan PM Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, terdapat beberapa catatan di media sosial, yang mendakwa bahawa gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, WARISAN, DAP, AMANAH, PSB, UPKO dan beberapa ahli Parlimen lain termasuk nama Jonathan, mempunyai jumlah yang cukup untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM baru.
Jonathan melabelkan posting yang viral itu palsu dan menganggapnya sebagai fitnah.