29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan ucap Selamat Hari Natal kepada rakyat Ranau

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua mereka yang merayakannya dan mengharapkan agar perayaan itu mampu pemupuk perpaduan, keharmonian dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan idologi politik.

Menurutnya, melalui apa juga perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Krismas, Hari Raya, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan sebagainya harus dijadikan landasan untuk memupuk persaudaraan dan keharmonian yang sudah sekian lama terjalin dikalangan rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, disamping bersukaria bersama keluarga dan saudara mara serta sahabat handai, jangan lupa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan untuk mengekang jangkitan Covid-19 yang masih menular dikalangan masyarakat dunia termasuk Malaysia”, jelas Datuk Jonathan.

Jonathan yang juga seorang  pemimpin ‘Prihatin Rakyat’ mengharapkan masyarakat agar tahu akan tanggungjawab  melindungi keluarga masing-masing dan rakan-rakan agar selamat daripada jangkitan virus Covid-19 yang belum terhapus sepenuhnya.

“Rakyat perlu tahu dan mengamalkan budaya kehidupan normal baharu, termasuk pemakaian pelitup separuh muka, penjarakan fizikal satu meter antara individu, sering membasuh tagan dengan sabun pembunuh kuman dan tidak mengunjungi lokasi sesak dengan ramai orang.

“Jika merasakan kurang sihat segeralah ke hospital atau klinik berhampiran  untuk memohon rawatan”, tambah Datuk Jonathan, yang menerima banyak undangan bagi merayakan Hari Natal peringkat kampung kawasan Parlimen Ranau.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN