Raimah bersama anaknya Nurul Alyani merakam gambar bersama Zita (kanan) mewakili Jonathan selepas penyerahan kerusi roda tersebut
RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin punyai komitmen tinggi untuk terus menyantuni golongan yang memerlukan.
Hari ini (18 Januari), dua orang lagi menerima sumbangan, iaitu seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU), adik Nurul Alyani Binti Joslyn@ Juslyn 10, dari Kg.Tinatasan Ranau dan seorang lagi pesakit jantung, Mohamed Fariz Bin Nasrah 43, dari Kg.Kinasaraban Baru Lohan 1.
Adik Nurul Alyani menerima sebuah kerusi roda disampaikan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zita Fedilis mewakili Datuk Jonathan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II.
Mohamed Fariz pula menerima sumbangan berupa wang tunai bagi membantu menampung kos perubatannya ke Hospital Queen 1, Kota Kinabalu, disampaikan Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Juludin Bin Harun yang juga mewakili Datuk Jonathan menyerahkan sumbangan kepada Shahrizaz Bin Nasrah yang mewakili Mohamed Fariz.
Wakil keluarga kedua-dua penerima ketika ditemui, mewakili keluarga masing-masimg merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas keprihatinannya membantu menghulurkan sumbangan peralatan Kerusi Roda kepada adik Nurul membolehkannya bergerak walaupun sekitar rumah dan sumbangan wang tunai kepada Mohamed Fariz.
“Saya mewakili anak saya Nurul dan seluruh keluarga kami merakam penghargaan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas bantuan kerusi roda tersebut”, jelas Raimah ibu kepada Nurul sependapat dengan (ucapan terima kasih) oleh Shahrizaz mewakili Mohamed Fariz.