31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan rasmi1st High Altitude Amatur Off Road Challenge & A4AX4 Expedition 2024

Berlatarkan Gunung Kinabalu, Jonathan dan lain-lain menunjukkan isyarat bagus atas penganjuran acara tersebut di sini baru-baru ini


RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin telah merasmikan acara 1st High Altitude Amatur Off Road Challenge & 4X4 Expedition 2024 yang melibatkan 130 kenderaan lasak yang sudah diubah suai.


“Syukur, 1st High Altitude Amateur Off Road Challenge & 4×4 Expedition 2024 di Kundasang telahpun berjalan mulai hari ini.


“Ini adalah penganjuran yang baik, terdapat banyak penglibatan dari banyak daerah, dan kami mengalu-alukan semua orang yang menyertai kami dengan harapan program ini akan terus berkembang.


“Kami di pejabat Parlimen akan sentiasa menyokong program sebegini walaupun kos kali ini rendah sedikit, namun memandangkan reaksi positif kami akan mempertimbangkan peruntukan yang lebih baik untuk program ini pada masa akan datang bagi menampung keperluan program sebegini,” katanya.


Menurut Jonathan lagi, program seperti ini sudah tentu membantu masyarakat setempat dan mempromosikan Kundasang ke tahap yang lebih baik.


Beliau turut memuji pihak penganjur kerana menarik ramai peserta bukan sahaja dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak, Semenanjung dan Brunei.


“Kepada semua peserta, saya doakan anda bersaing dengan baik, kekalkan disiplin yang kuat, dan jangan lupa pasukan sokongan yang akan memikul tanggungjawab yang mencabar.


“Terima kasih kepada semua yang datang dari jauh, semoga semua yang menyertai program ini mendapat banyak manfaat selain dapat bertemu rakan baharu malah melihat teknik baharu.


“Teruskan persaingan sihat di kalangan para peserta. Ini akan mempopularkan lagi sukan ini, dan semoga penyertaan akan meningkat pada masa hadapan,” katanya.


Program yang diselaraskan oleh Sarayo Ikkiraon 4X4 Club dan Kelab Sukarelawan Mesilou (MEVOC) dan disokong Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA), berlangsung selama empat hari tiga malam, berakhir 5 Mei.


Sementara itu, pengerusi penganjur, Samsul Sinun berkata acara ini merupakan gabungan ekspedisi 4×4 dan juga cabaran amatur yang melibatkan saingan trek mencabar sepanjang kira-kira 20 kilometer.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN