31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan bersimpati dengan mangsa banjir di Ranau

.

Antara penduduk sempat merakam kenangan bersama Datuk Jonathan (empat kiri) selepas menyertai satu gotong royong membersihkan kawasan rumah di Kg.Marakau yang terjejas banjir.

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin amat prihatin dan bersimpati atas musibah yang menimpa penduduk terkesan dengan bencana yang berlaku ekoran cuaca tidak menentu di daerah ini.

Berikutan cuaca itu, beberapa kawasan dilanda banjir menyebabkan beberapa penduduk di kawasan Kundasang dan Ranau kehilangan harta benda seperti rumah  kediaman, ternakan, kenderaan dan sebagainya apabila kawasan perkampungan dan pertanian mereka dilanda banjir dan tanah runtuh.

Meninjau keadaan itu mendorong Datuk Jonathan dan Ketua Pegawai Perhubungan  Parlimen Ranau, Benedict Gunda bersama Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau turut ‘Turun Padang’ bersama penduduk untuk membantu dari segi tenaga dan sumbangan  keperluan harian kepada keluarga penduduk yang terlibat.

Ekoran bencana itu juga seramai  45 keluarga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Ranau dikendalikan  Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Pusat Kawalan   Operasi Bencana (PKOB) Ranau.

Sementara penduduk yang dipindahkan ke PPS itu ialah  dari Kg.Kituntul Lama, Kg.Sinarut Lama, Kg.Marakau dan Kg.Iibang.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN