30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JKR telah mengambil tindakan membaiki Jalan Ulu Sugut

RANAU -Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah mengambil tindakan untuk membaiki Jalan Ulu Sugut, Melinsou dekat Kampung Mokodou selepas aduan itu tular di media sosial.

Menerusi satu kenyataan JKR Sabah semalam, pihak JKR Daerah Ranau bersama Konsesi Contract Maintenance Gravel (L.B. Anra SB) telah membuat tinjauan seterusnya mengambil tindakan membaiki jalan di kawasan tersebut.

Kerja-kerja membaiki jalan yang dilakukan pihak konsesi

“Pada 6 Januari, pihak konsesi telah meletakkan batuan kelikir (gravel) dengan menggunakan pemadat (roller compactor) supaya boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan kecil.

“Sehingga kini pihak konsesi masih membersihkan lumpur yang mendap di bahu jalan dan meletakkan taburan batu dengan menggunakan pemadat untuk memadatkan permukaan jalan,” kata kenyataan itu.

Sebahagian keadaan jalan berlumpur menyukarkan pengguna di kawasan itu

Kenyataan itu juga memberitahu, dalam masa yang sama, satu team mesin dari konsesi sedang membuat pembersihan semua runtuhan kecil cerun-cerun yang menutupi jalan gravel di sepanjang jalan Molinsou ke Kg. Karagasan sepanjang 32 Kilometer.

“Jalan tersebut sudah boleh dilalui oleh kenderaan pada 8 Januari lalu dan penyelenggaran rutin masih berjalan lancar disepanjang gravel dari Kg Terawas – Melinsau – Karagasan iaitu sepanjang 47 Kilometer,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, JKR Sabah telah menerima aduan menerusi media sosial Facebook berkenaan keadaan jalan di Kg. Mokodou, Jalan Ulu Sugut, Melinsau Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN