SIMBOLIK…Mohd Faizul (kiri) menyerahkan secara simbolik Projek Pembinaan bangunan tambahan Prasekolah SK Patau Patau sambil disaksikan Wan Hashim (tengah)
LABUAN: Jabatan Kerja Raya (JKR), Wilayah Persekutuan Labuan himenyerahkan projek pembinaan bangunan tambahan Prasekolah SK Patau -Patau yang telah siap sepenuhnya.
Majlis penyerahan Projek bernilai hampir RM 919,098.40 itu telah diadakan di dewan terbuka SK Patau Patau, pada Isnin.
Pada majlis itu Pengarah JKR Labuan, Ir. Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah menyerahkan secara simbolik bangunan tersebut kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Abidin Marjan dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Wan Hashim Wan Rahim.

Bangunan tambahan Prasekolah SK Patau -Patau yang telah siap sepenuhnya.
Hadir sama menyaksikan majlis itu Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Jamarusalam Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia, Zaliha Rosli, Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Prasekolah, Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Marziaton Daud dan Guru Besar SK Patau-Patau, Rosli Mohd Ali.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Mohd Faizul berkata, blok bangunan itu dibina dengan menggunakan reka oleh pasukan seni bina JKR Labuan.
Katanya, projek tersebut mula dibina pada 14 Mei 2024 dan berjaya disiapkan mengikut jadual pada 19 Disember 2024.
“Antara skop projek Pembinaan bangunan tambahan ini termasuklah bilik darjah, ruang makan, ruang penyediaan makanan, bilik darjah, tandas lelaki dan perempuan.
“Manakala bagi kerja kerja luaran meliputi perimeter drain, laluan berbumbung, Pagar dan penanaman rumput di kawasan terlibat” katanya.



