JKM salur bantuan bakul makanan Prihatin Negara kepada ADUN Bingkor.

Home Tempatan JKM salur bantuan bakul makanan Prihatin Negara kepada ADUN Bingkor.
JKM salur bantuan bakul makanan Prihatin Negara kepada ADUN Bingkor.

GAMBAR Dayang menyampaikan  bantuan bakul makanan Prihatin Negara kepada Robert untuk diagih-agihkan kepada penerima di kawasan Bingkor.

KENINGAU:Jabatan Kebajikan Masyarakat menyalurkan bantuan bakul makanan Prihatin Negara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin untuk diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan bakul makanan itu disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kebajikan Negeri Sabah Puan Dayang Binti Awang Besar di kepada Robert di Pejabatnya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atas bantuan tersebut yang akan diagihkn kepada yang betul-betul memerlukan kawasannya.

“Ia amat bermakna kepada penerima-penerima yang amat terjejas dengan pandemik  Covid19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih lagi berkuatkuasa” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang begitu komited dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat yang dalam keadaan sukar ini.

Pada masa sama Robert menggesa kepada rakyat khususnya dikawasannya agar dapat mematuhi  Prosuder Operasi Standard ( SOP ). 

Beliau juga merayu kepada penduduk yang belum menerima vaksin supaya dapat datang ke Pusat Pusat Pemberian  Vaksin (PPV yang berdekatan.

“Dengan cara divaksin kita akan dapat membantu melandaikan virus Covid19” katanya.

Hadir sama Pegawai Kebajikan Daerah Keningau Awang Shril, Pemimpin  Pembangunan Masyarakat (PPM) N. 40 Bingkor Junior Fred Vincent.