31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JKDB pekan Ranau serius mempastikan kebersihan kawasan pekan: Tan

BERSEPADU….Para peserta  bergambar ramai bersama Tan Eng Sing (tengah) sebelum gotong royong bermula.

RANAU: Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) pekan di sini, serius mempastikan kebersihan kawasan pekan sentiasa terjamin bagi mengelakkan daripada penularan sebarang penyakit berjangkit berpunca daripada keadaan  persekitaran yang kotor.

Pengerusi JKDB pekan Ranau, Tan Eng Sing berkata, kerjasama semua pihak adalah wajar dan amat penting dalam mewujudkan keadaan kawasan pekan dan sekitarnya sentiasa bersih, indah dan selamat kepada semua pengunjung.

“Dengan sebab itu, komitmen tinggi dan keprihatinan semua pihak dalam mewujudkan persekitaran serta kawasan pekan sentiasa bersih adalah tanggungjawab bersama”, jelas Tan Eng Sing ketika ditemui sebelum memulakan satu Gotong Royong membersihkan kawasan dan persekitaran Pasar Malam pekan Ranau baru-baru ini.

Sambil merakam penghargaan dan terima kasih kepada yang hadir menyertai gotong itu, Tan menyarankan kepada semua penjaja Tamu Pasar Malam tersebut supaya menyediakan Tong Sampah masing-masing  untuk kemudahan  penjaja dan orang awam membuang sampah.

“Jangan membuang sampah di merata tempat kerana ia menjijikkan mata memandang, malah boleh mengundang penyakit.

“Justeru kerjasama secara bersepadu dari semua pihak adalah amat penting memastikan kawasan pekan  sentiasa bersih”, tambah Tan.

Turut hadir bersama lebih 30  orang menyertai gotong royong tersebut ialah, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau (MDR), Jupirin Bin  Haji Ruhimin dan  Jawatankuasa JKDB pekan Ranau.

Jupirin ketika ditemui, turut memuji dan berterima kasih atas inisiatif pihak JKDB memberi kerjasama kepada MDR mempastikan kawasan pekan sentiasa bersih, ceria, indah dan selamat selaras dengan matlamat MDR bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)mewujudkan ‘Pekan Dalam Taman’, bersih, Indah dan selamat, memandangkan pekan Ranau bukan sahaja lokasi persinggahan penduduk dari daerah-daerah lain  di Sabah malah daerah Ranau dan Kundasang merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN