22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

JKDB berperanan sebagai perhubungan rakyat dengan kerajaan

Robert (empat dari kiri)menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi JKDB Pekan Bingkor Jainus Lian.

KENINGAU: Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB)memainkan peranan sebagai badan perhubungan diantara rakyat dengan kerajaan serta menjadi badan keselamatan bandar dan pekan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, matlamat penubuhan JKDB adalah supaya pentadbiran dan pengurusan di peringkat bandar dan pekan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan teratur selaras dengan kehendak kerajaan.

“Ia juga membolehkan aktiviti-aktiviti masyatakat dapat diselaraskan dan digerakkan dengan baik dan tepat pada sasaran diperingkat bandar dan pekan serta pembangunan kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dan rakyat pula dapat menerima dan memahami aspirasi kerajaan” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar Daerah Keningau pada Jumaat lepas.

Robert (duduk empat dari kanan)bergambar bersama ketua-ketua jabatan dan Pengerusi-Pengerusi JKDB yang menerima watikah pelantikan pada majlis itu.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, peranan dan tanggungjawab JKDB amat penting bagi menentukan jatuh bangun perancangan dan pembangunan di setiap  pekan.

Justeru itu katanya, tidak syak lagi fungsi dan peranannya ini harus didepani dengan penuh tekad dan tanggungjawab yang tinggi bagi melicinkan perancangan kerajaan untuk terus membela nasib rakyat keseluruhannya.

Robert turut mengingatkan agar Pengerusi JKDB sentiasa menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan disamping meningkatkan integeriti dan menimba ilmu pengetahuan agar tidak tertinggal dengan arus perdana.

Empat Pengerusi JKDB terdiri dari Paul Sitampat (Pekan Apin-Apin), Jainus Lian (Pekan Bingkor), Marcus Oswold (Tuarid Atas)dan Kenneth Loh Yin Kong (Pekan Keningau)menerima watikah pelantikan pada majlis itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN