Sebahagian JHEV- ATM Sabah yang menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022.
KOTA KINABALU : Seramai 36 anggota dari persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sabah bergabung dalam satu kontinjen anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Negeri Sabah (JHEV) yang turut serta menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah yang bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Rabu.
Gabungan Persatuan Veteran ATM Sabah (GPVS) di ketuai oleh Albert Chang dengan wawasan berusaha kearah dan kesejahteraan dan kecemerlangan veteran ATM agar terus menjadi Pemangkin Modal Insan Negara. Ungkapan yang jelas menggambarkan sumbangan Veteran ATM dalam sambutan Hari Kemerdekaan negara kita. Dengan langkah bergaya dalam perbarisan dengan kekuatan seramai 36 orang mengenakan pakaian lounge suit bagi melambangkan kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara.
Menurut. Mej Noor Khairi, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan mengadakan pelbagai program untuk memanafaatkan bulan kemerdekaan dengan tujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri setiap lapisan masyarakat.
Sekalung penghargaan untuk semua kontijen-kontinjen dalam sambutan Kemerdekaan kali ke- 65 tahun ini yan seeg telah terlibat di dalam menjayakan perbarisan.