Florencia (duduk tengah)bersama barisan Jawatankuasanya.
RANAU: Para jelitawan dari daerah ini, dipelawa untuk menyertai pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan peringkat daerah di Dewan Masyarakat Ranau pada1 Mei, 2021.
Pengerusi Pertandingan, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Florencia Padasian memberitahu, semua peserta adalah berumur 18-27 tahun, masih bujang dan bukan beragama Islam, dengan ketinggian 152 Cm dan ke atas, manakala cara memohon penyertaan adalah melalui Online sehingga tarikh tutup pada 10 April, 2021.
“Tiga orang yang terpilih akan mewakili daerah Ranau ke pertandingan peringkat negeri bagi bulan Mei, 2021 kelak,” jelas Florencia ketika dihubungi.
Kepada yang berminat katanya, boleh menghubungi Pejabat Daerah Ranau 088-877881 (Cik Sharmila) masa pejabat untuk keterangan lanjut.
          Â



