GAMBAR: PERSEFAHAMAN…. Sophian (empat kiri) dan Mohammad Syahffie bertukar tukar dokumen MoU dalam merealisasikan Jalinan Kerjasama pembangunan bola sepak di Labuan yang dikendalikan oleh LAFA
LABUAN Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan akan terus menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) bagi pembangunan sukan bola sepak di pulau ini.
Pengarah JBS Labuan, Mohammad Syahffie Haji Japril berkata, JBS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Labuan bukan sahaja dalam memberikan pandangan dan berkongsi idea tetapi juga dalam penyediaan kemudahan sukan bolasepak.
“JBS Labuan tiada masalah untuk bekerjasama dengan LAFA dalam membangunkan sukan bola sepak yang selama ini menjadi latar belakang kepada pembangunan sukan di Wilayah Perssekutuan Labuan.
“Malah kami sangat mengalu-alukan LAFA sebagai rakan strategik bersama JBS untuk sama sama mengembalikan kegemilangan bola sepak Labuan” katanya dalam satu majlis Kunjungan Hormat dan ramah mesara LAFA bersama Pengarah JBS di pejabatnya di sini, pada Sabtu lalu.
Sementara itu, Presiden LAFA, Sophian Said yang mengetuai Kunjungan Hormat itu turut memaklumkan mengenai perancangan LAFA dalam mengerakkan Program Pembangunan Bola Sepak Labuan sepanjang 2o21-2022.
Beliau berkata beberapa aktiviti dan kejohanan bola sepak telahpun dirancang yang akan bermula hujung bulan ini antaranya Klinik Bola Sepak Bawah 12 tahun dan 15 tahun, Projek MARLIN bawah 12, 15 dan 21 tahun serta Kejohanan Piala LAFA yang dijangka akan diadakan pada Mac 2022.
Sempena Kunjungan Hormat itu, LAFA juga telah menandatangani Perjanjian Persafahaman (MoU) dengan JBS dalam mewujudkan Program Jaringan Kerjasama Pembangunan Sukan Bola Sepak untuk kepentingan bersama