ADVERTISEMENTspot_img

JBPM Labuan selamatkan harta benda bernilai RM528. 5 juta

Othman menandatangani plak sebagai simbolik perasmian PBS Tanjung Aru sambil diperhatikan Abdul Raman (kanan sekali) Emil (dua dari kiri) dan Jamil.

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menyelamatkan harta benda bernilai lebih RM528.5 juta berbanding jumlah kerugian RM30. 061 juta dalam kes kebakaran bagi tempoh Januari hingga 22 Jun tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Pembangunan), Datuk Othman Abdullah berkata ,untuk tempoh yang sama JBPM Labuan merekodkan sebanyak 277 panggilan kecemasan merangkumi 137 panggilan kebakaran, 138 panggilan penyelamatan dan dua panggilan tugas tugas khas.

“Statistik ini memberi mesej jelas bahawa keselamatan kebakaran dan kesiapsiagaan komuniti perlu diperkukuh bagi mengurangkan risiko kerugian harta benda akibat kebakaran’, katanya ketika berucap merasmikan Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Kampung Tanjung Aru di sini baru baru ini.

Beliau berkata, PBS merupakan rakan strategik JBPM dalam memperkukuh agenda keselamatan negara.

“Justeru itu PBS memainkan peranan penting sebagai rakan strategik JBPM dalam menyampaikan mesej pencegahan kebakaran, meningkatkan kesiapsiagaan awal serta memperkukuh keselamatan komuniti”, katanya.

PBS Tanjung Aru yang ditubuhkan pada tahun 2007 kini mempunyai 20 ahli dan dilengkapi aset serta peralatan asas kebombaan bagi membantu operasi kecemasan di kawasan setempat dan sekitarnya,

Ketika ini katanya, terdapat lima PBS yang aktif di pulau ini iaitu PBS Tanjung Aru, PBS Gersik/Saguking, PBS Negalang/Kerupang, PBS Lubuk Tiang dan PBS Sungai Lada dengan jumlah ahli yang berdaftar seramai 88 orang.

Hadir sama Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan Labuan Abdul Rahman Ali, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superitendan Wan Firdaus Wan Zaki, Timbalan Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan Labuan, Emil Toihin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jamil Haji Kario dan Pengerusi PBS Tanjung Aru, Joy Fernanzei Ampiu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN