Simsudin (empat dari kanan) melepaskan anggota bomba yang menyertai Ops Rondaan Keselamatan Kebakaran Tahun Baru Cina di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pada Isnin.
LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan akan memberikan tumpuan utama kepada keselamatan dan kebakaran di premis yang menjadi tumpuan orang awam sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan bermula hujung bulan ini.
Timbalan Pengarah JBPM Labuan, Emil Tahim berkata, selain itu pihaknya juga fokus untuk menjamin keselamatan awam semasa berada di jalan raya serta keselamatan nyawa dan harta benda.
Beliau berkata, penguatkuasaan akan dilakukan di premis pusat membeli belah bagi memastikan pematuhan langkah keselamatan kebakaran sentiasa dipatuhi serta alat alat pemadam api berada dalam keadaan yang baik.
‘JBPM Labuan juga akan melakukan pemantauan di jalan raya yang mempunyai resiko tinggi kemalangan” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ops Rondaan Dan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pada Isnin.
Majlis pelancaran di sempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.
Sementara itu, Simsudin menyeru kepada pemilik premis dan pusat perniagaan supaya sentiasa peka dengan garis panduan yang ditetapkan oleh JBPM bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Simsudin turut mengagihkan buah limau Mandarin dan risalah pencegahan kebakaran kepada pengguna di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
Hadir sama, Pengerusi LDA Labuan (Holding) Sdn. Bhd, Azhar Othman, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii dan Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan (Holding), Sdn.Bhd. Noor Halim Datuk.