27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jawatankuasa masjid perlu berkolaborasi dengan semua agensi agama : Dr Zulkifli

WATIKAH…. salah seorang pengerusi masjid menerima watikah daripada Dr. Zulkifli.


LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Muhamad Al-Bakri menyeru semua Jawatankuasa Masjid dan Surau di pulau ini untuk berkolaborasi dengan semua agensi agama.


Beliau berkata Jawatakuasa masjid perlu memperbanyakkan program-program keagamaan yang melibatkan kerjasama antara semua agensi agama yang menjadi rakan strategik masjid dan surau.


“Saya berharap semua masjid dan surau yang ada di Labuan ini dapat menginisiatifkan dan berlaku kolaborasi antara pihak masjid dengan semua agensi agama sebagai usaha menyemarakan dan memperkasakan institusi masjid dan surau dengan lebih baik” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Masjid dan Surau peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Labuan (ILP) pada Sabtu.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Tuan Soh dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahadi Sukarno.


Sementara itu, Dr Zulkifli turut mengingatkan jawatankuasa Masjid dan Surau yang baru dilantik supaya sentiasa menghayati tugasan masing-masing dengan merujuk kepada kaedah-kaedah pentadbiran undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan)(Jawatankuasa Kariah)2019.


“ Saya mengharapkan agar semua pengurusan jawatankuasa kariah lantikan baharu ini dapat memikul amanah dengan sebaik baiknya agar perancangan pengimarahan institusi masjid dan surau di Labuan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan” katanya.


Pada majlis itu, beliau juga turut melaksanakan pemasyhuran Surau Jumaat Abu Zaihan Muhammad Al-Biruni Institut Latihan Industri Perinduterian Labuan (ILP).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN