27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jawatankuasa Gereja SIB Kg.Tudangan dalam usaha mengumpul dana bagi mendirikan bangunan Gereja baharu.

Benedict (empat kanan) merakam gambar bersama tetamu yang lain.

RANAU:  Jawatankuasa Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg.Tudangan di sini, kini  sedang mengumpul dana bagi mendirikan bangunan Gereja baharu di kampung itu yang dianggarkan  menelan kos kira-kira RM500 ribu bagi menampung bilangan jemaap  hadir mengerjakan ibadah mereka yang kian bertambah dari masa ke semasa.

Pemangku Ketua SIB  daerah Ranau, Alexander Tham yang   menyempurnakan  majlis ‘Pecah Tanah’ tapak gereja baru itu,  ketika ditemui, mengharapkan kepada indivu dan pemimpin masyarakat   prihatin  untuk tampil menderma seikhlas hati berupa  kewangaan untuk tujuan menyiapkan bangunan gereja baru tersebut.

“Kita amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas mereka yang sudi menderma kewangan bagi tujuan menambah dana menyiapkan bangunan gereja baharu di sini”, jelas Alexander sambil  berterima kasih atas kehadiran Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunada  mewakili Timbalan Menteri  Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan kehadiran para tetamu yang lain.

Benedict ketika ditemui, memuji masyarakat Kg.Tudangan khususnya yang beragama SIB kerana proaktif melihat keadaan masa depan untuk menyediakan kemudan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya yang beragama SIB.

“Datuk Jonathan sentiasa memberi kerjasama dalam melaksanakan program agama dan akan membantu mengikut kemampuan yang ada”, tambah Benedict.

Berucap sama ialah, Timbalan Ketua Sidang, Penatua Etin Sinit, yang dalam ucapanya diselitkan dengan tayangan Slide  sejarah  pembinaan gereja lama di kampung berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Pemaju Mukim Paus, Yasiri Bijin mewakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN