33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jaujan  berbuka puasa bersama ahli Warisan Labuan

JAUJAN (berdiri)  ketika berucap pada Majlis Iftar bersama ahli parti Warisan Bahagian Labuan.

LABUAN: Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Jaujan Sambakong, pada Sabtu menghadiri Majlis Iftar (Berbuka Puasa)  bersama ahli parti Warisan Bahagian Labuan anjuran Ketua Bahagian  Parti Warisan Labuan yang juga Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Majlis yang diadakan dikediaman Ketua Bahagian  parti itu telah dihadiri lebih 200 ahli yang terdiri daripada barisan kempimpinan tertinggi  parti termasuk wanita wira dan wirawati.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penerangan Parti Warisan yang juga   Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Putatan,  Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari dan  Timbalan Ketua Bahagian Warisan Labuan, Nor Halim Datuk Zaini.

IFTAR… sebahagian daripada ahli Warisan Labuan yang menghadiri majlis Iftar bersama Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Jaujan Sambakong di kediaman Rozman, pada Sabtu.

Juajan yang juga  Adun Sulabayan bersama rombongan  turut melaksanakan sembahyang Fardhu Magrib dan Isyak seterusnya melaksanakan sembahyang sunat tarawih dan moreh  bersama sama ahli  Warisan Labuan di kediaman Rozman.

Terdahulu ketika berucap pada majlis  iftar, Jaujan sempat menjelaskan mengenai masalah kemudahan asas dan infrastruktur  di Sabah seperti bekalan air bersih, jalan raya, bekalan elektirik dan liputan jaringan telekomunikasi masih lagi diabaikan oleh kerajaan Persekutuan.

Selain itu katanya,  Sabah mempunyai ramai pemimpin berkaliber yang boleh  mentadbir dan mengurus dengan baik sumber kekayaan negeri.

“Kita tidak menentang polisi Kerajaan Persekutuan, tetapi kita lihat, pembangunan sosio ekonomi di Sabah masih belum dapat diseimbangkan

Dalam waktu yang sama, parti Warisan bertekad untuk  kembali  mentadbir semula Sabah.

Justeru itu beliau mengajak  rakyat Sabah untuk menguatkan tekad dan bersatu padu untuk memberikan sokongan kepada parti Warisan pada pilihanraya yang akan datang, kemenangan itu  bukan sahaja untuk kepentingan rakyat Sabah tetapi juga kepentingan  pembangunan Sabah  yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan negeri negeri lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN