32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jaringan telekomunikasi yang baik wadah penyampai hasrat, aspirasi kerajaan

RUSLAN… (tengah) bersama Mohd Sainal (empat, kiri) serta penduduk kampung dalam pertemuan di Kampung Bintuka, Beaufort, kelmarin.

BEAUFOR, 10 Jan 2021: Jaringan telekomunikasi yang baik mampu menjadi wadah penyampai hasrat dan aspirasi kerajaan dengan lebih cepat dan tanpa had sempadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N34 menyeru agar pihak Wilayah TM Sabah untuk meluaskan rangkaian telekomunikasi di kawasan Lumadan.

Dalam satu pertemuan dengan Pengarah Wilayah TM Sabah, Dato’ Hj Mohd. Sainal Mohd Amin, Ruslan berkata,”Masih terdapat lebih kurang empat puluh (40) buah kampung yang masih belum mempunyai capaian internet dan ini menyukarkan penduduk kampung untuk berhubung dengan kawasan lain serta mengakses internet.”

Dalam pada itu, Mohd. Sainal berkata, pihaknya akan menaik taraf kelajuan internet di kampung yang sudah mempunyai kemudahan internet dan akan menyediakan kemudahan internet bagi kampung yang belum mempunyai internet kawasan di DUN Lumadan pada hujung tahun ini. *

Sehingga kini, sebanyak lapan belas (18) kampung yang sudah mempunyai Pusat Internet dari lima puluh lapan (58) kampung di seluruh DUN Lumadan.

Terdahulu Ruslan menyampaikan 476 bakul bantuan makanan di Mukim Lima yang melibatkan enam (6) buah kampung yang terjejas akibat banjir dan telah terputus hubungan jalan raya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN