27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Japen Sabah, KBSS Anjur Pertandingan E-Sports 9 Ogos Ini

Mansur (tengah) bersama pegawai KBSS di sebelah kiri beliau.

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Negeri Sabah (Japen) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBSS) akan menganjurkan pertandingan e-sport pada 9 Ogos kelak.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata pertandingan tersebut akan diadakan di Membakut sempena Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Sabah.

“Melalui pertandingan sebegini, para belia dapat menunjukkan semangat kerjasama dan kreativiti masing-masing dalam membina strategi pasukan bagi menewaskan pihak lawan.

“Japen Sabah yakin kerjasama dengan KBSS dan agensi di bawah kementerian ini dapat membantu dari segi penganjuran pertandingan memandangkan mereka mempunyai kepakaran dalam mengendalikan pertandingan e-sports,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap KBSS Datuk Mansur Asun di Wisma MUIS.

Jainisah juga memaklumkan setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang pertandingan akan mendapat hadiah wang tunai.

Selain pertandingan e-sports, aktiviti lain yang akan turut diadakan di karnival tersebut antaranya ialah Senam Seni MADANI, Projek Mural serta Expo Usahawan NADI.- Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN