27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JaPen Ranau terus laksanakan tanggungjawab kemasyarakatan

OLEH SALWAH ARAMAT

RANAU : Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) daerah ini serius melaksanakan tanggungjawabnya memberi penerangan berfaedah kepada masyarakat setempat.

Mohd.Sabri (kiri) menyampaikan bahan poster kepada Pustakawan PNM Kg.Paka 2, Julailah Binti Jainudin.

Penolong Pegawai Penerangan daerah Ranau, Mohd.Sabri Bin Haji Sailus berkata, tugas dan tanggungjawab JaPen amat penting bukan sahaja untuk memberi penerangan tentang program-program kerajaan, malah boleh mengedarkan bahan bacaan, bahan penerbitan atau risalah jabatan kepada penduduk.

“Inilah antara tugasan JaPen, untuk berkomunikasi secara bersemuka untuk mendapatkan respon daripada masyarakat setempat khususnya penduduk kampung mengenai dasar-dasar kerajaan atau pelaksanaan insentif yang diberi kepada rakyat
khususnya dalam bajet 2020”, jelasnya.

-Mohd Sabri-

Mohd.Sabri berkata demikian semasa kunjungannya ke Kg.Paka 2, Kg.Lingkudau, Kg.Marakau dan Kg.Libang di Ranau baru-baru ini.

Sempena kunjungan itu Mohd.Sabri menyampaikan bahan poster ‘Rukun Negara Janji Kita’ kepada beberapa Perpustakaan Desa di kampung-kampung terlibat.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN