Dr.Stanley (tiga kanan) merakam gambar bersama staff kliniknya di Pekan Ranau
RANAU: Orang ramai tidak perlu takut dengan Imunisasi Vaksin Covid-19 kerana vaksin tersebut selamat dari segi kesihatan seperti yang sarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata salah seorang pengusaha Klinik Kesihatan Swata, ‘Klinik & Surgeri Stanley Chong pekan Ranau, Dr.Stanley Chong Sui Khean.
Menurutnya, vaksin yang di gunakan di Malaysia dan beberapa buah negara di dunia adalah selamat digunakan termasuk Ffizer Biontech dari kilang Puurs Bekgium, Astrazeneca dan Sinovac adalah selamat digunakan.

“Saya sendiri dengan staff klinik saya semuanya sudah lengkal suntikan pertama dan kedua, tiada kesan sampingan pun”, jelas Dr.Stanley.
“Justeru jangan bimbang ragu dan rasa takut, semua pembesar negara dan petugas hadapan sudah divaksinasi (suntikan) bagi mengekang dan memutuskan rantaian Covid-19 yang kini masih menjadi wabak seluruh dunia”, tambahnya.
Menurutntnya, walaupun sudah menerima dua suntikan namun SOP jangan diabaikan untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti seluruhnya.