Datuk Abidin (tengah) turut sama dalam Perarakan Hari Kebangsaan di SK Lohan itu
RANAU: Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajahan fizikal tetapi juga kebebasan daripada penjajahan mental yang dicetuskan oleh pengaruh media sosial yang berleluasa pada masa ini.
Justeru, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, para ibu bapa dan guru-guru harus memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini, khususnya di kalangan golongan muda.
“Jangan biarkan diri kita dan juga generasi masa kini terjebak dalam penjajahan minda disebabkan oleh terpengaruh dengan sentimen serta ideologi sesat yang memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.
“Saya menyeru kepada ibu bapa dan guru-guru agar nemainkan peranan mereka dalam memerdekakan generasi hari ini daripada pengaruh-pengaruh teknologi yang tidak baik yang memberi kesan negatif kepada anak-anak sekolah.
“Kita mahukan rakyat terus merdeka dalam segi fizikal, mahupun minda dan emosi, barulah kita dapat benar-benar dapat hidup dalam era kemerdekaan yang sebenar,” kata beliau.
Abidin yang juga ADUN Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Lohan di Dewan Sri Kudingking SK Lohan pada hari Jumaat.
Sementara itu, beliau berkata, amanat kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya 40 peratus pelajar menceburi bidang STEM iaitu program
pembelajaran Sains, Teknologi, Matematik dan kejuruteraan.
Program ini, katanya, memberi peluang kepada anak-anak Sabah mendapat pekerjaan professional setelah mereka menamatkan pengajian mereka.
“Oleh yang demikian, diharapkan agar para guru dan ibu bapa dapat memainkan peranan penting untuk menggalakkan murid-murid menceburi
bidang ini,” katanya.
Berkenaan dengan sambutan itu, Abidin berkata, rakyat perlu berbangga kerana Hari Kebangsaan dan Hari Sabah telah diraikan bersama baru-baru ini di Kota Kinabalu.
“Hari Sabah telah diiktiraf oleh Kerajaan Sabah sebagai Hari Kemerdekaan Sabah bermula daripada tahun ini dan akan terus diraikan setiap tahun pada tarikh 31hb Ogos.
“Justeru, kibarkanlah jalur gemilang sebagai tanda kecintaan kita kepada negara.
“Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam program ini sudah tentu akan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cinta kepada tanahair, dinsamping menyemarakkan semangat patriotisma di kalangan murid-murid sekolah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih atas peluang bersama-sama dengan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah SK Lohan.
Beliau teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid sekolah
terutama ketika menyanyikan lagu Negarku dan Sabah Tanah Airku dalam program tersebut.
Beliau mengharapkan agar suatu hari akan ada pemimpin masa depan yang bangkut di antara lebih 670 murid sekolah SK Lohan itu.
Turut hadir, Guru Besar SK Lohan, Kamarul Zaman Bin Othman, YDP PIBG, Hafsah Layabo, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, Pemaju Mukim Lohan/Bongkud, Duhimin Gilong, KAN Sawalin Zakaria, KAN Kapilin Hj Surop dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
TAMAT
PIX
1 – Datuk Abidin (tengah) turut sama dalam Perarakan Hari Kebangsaan di SK Lohan itu
2 – Datuk Abidin (tengah) dan pain-lain melaungkan seruan kemerdekaan semasa majlis itu