26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jangan salah guna sukan snooker untuk perjudian

GIMIK PELANCARAN… Kelihatan Harun melakukan pukulan bola snooker tanda mulanya kejohanan tersebut.

OLEH:HJ M.AMIN HJ MUIN
DAN A.JALIL MADARIN

PITAS: Penggemar sukan snooker dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan sukan tersebut menjadi sukan perjudian.

” Ada dibeberapa tempat di negeri ini yang menjadikan sukan ini sebagai satu kejohanan tetapi menjurus kepada perjudian melalui pertaruhan,” kata Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah PGRS Bahagian Pitas Datuk Harun Ismail (DHI).

Beliau berkata kalau di luar negara terutama negara-negara barat mereka menjadikan sukan snooker ini sebagai sukan atau rekreasi bagi menguji bakat dan kemampuan diantara mereka baik dalam kejohanan mahu pun mengisi masa lapang.

Harun berkata beliau merasa bangga dengan pencapaian dan inisiatif penganjur sukan ini kerana telah menghimpun penggemar sukan snooker dari daerah ini.

BERSAMA PESERTA… Duduk dari kanan, Daud Asratin, Pangadiran dan Harun merakamkan gambar kenangan bersama jawatankuasa penganjur dan sebahagian peserta kejohanan.

Beliau berkata Daerah Pitas perlu dipromosikan dalam pelbagai sudut termasuk sukan snooker salah satu daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negari untuk mengunjungi daerah Pitas.

Beliau berharap kejohanan sukan snooker ini mampu melahirkan lebih ramai bakat baharu dan terus memartabatkan sukan snooker di daerah ini dari masa kesemasa.

Harun menyambut baik azam penganjur untuk memuatkan dalam kalendar kejohanan seperti permainan catur, karom dan sebagainya.

Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) berkata demikian di Perasmian Kejohanan Snooker Tertutup Peringkat Daerah Pitas 2025 anjuran bersama DHI dan Kelab Snooker Sedco Pitas dekat sini baru-baru ini.

Turut bersama, Pengerusi Penganjur Kejohanan Pangadiran Gonterat @ Haji Md Salleh, Pegawai Kemajuan Masyarakat Daerah Pitas Ariffin Matasin, Pegawai Khas kepada Harun Ikmal Atong dan Abdul Majit Tarip@Man mengetuai kraw DHI dan warga kerja penganjur kejohanan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN