OLEH: CLEO WILL
RANAU: Dalam mengingati golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang kurang upaya semasa acara seperti Krismas dan Tahun Baru Cina, masyarakat diseru supaya tidak melupakan mereka yang secara sukarela menjaga golongan tersebut.
Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin berkata, mereka yang secara sukarela mengambil posisi menjaga orang yang sakit dan memerlukan adalah wira yang tidak didendang yang melengkapkan apa yang kurang dalam masyarakat sepanjang zaman.
“Kita boleh melihat sesuatu perkara di sudut negatif atau kita dapat melihatnya di sisi positif. Ya, dalam perspektif negatif, kelihatan malang bagi keluarga apabila salah satu anggotanya jatuh ke dalam kategori individu berkeperluan khas atau warga istimewa rakyat.
“Tetapi keadaan sedemikian juga merupakan peluang bagi seluruh anggota keluarga untuk menjadi lebih perhatian dan peka terhadap keperluan orang lain. Wujud di kalangan kita wira-wira yang tidak didendang ini, dan kita perlu bersyukur,” katanya.
Jonathan yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Krismas dan Sambutan Tahun Baru Cina Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau yang diadakan di pusat itu pada Selasa.
Dalam acara itu, Jonathan mengumumkan sumbangan RM10,000 untuk PPDK Ranau, untuk membantu pusat dalam menangani kos operasi harian dalam menjaga keperluan khusus individu-individu istimewa di sini.
Sementara itu, Pengerusi PPDK Ranau Jabay Surugau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ranau itu atas sumbangan beliau dan berkata, selain bantuan dari kerajaan, pusat ini beroperasi melalui sumbangan dan kemurahan hati orang lain.
“Kami sentiasa bersyukur kerana masih terdapat orang-orang yang mengingati kita dalam hati mereka dan sentiasa datang untuk memberi bantuan. Pada masa ini terdapat 106 pelatih yang berdaftar dengan pusat itu, dan sumbangan sedemikian akan memberi kita kelegaan yang sangat besar,” katanya.
Sempena perayaan Tahun Baru Krismas dan Tahun Baru Cina, kira-kira 60 pelatih diberi dihidangkan juadah yang istimewa, selain diberikan Ang-pau yang diserahkan oleh Jonathan, Jabay dan lain-lain.
Turut hadir, Ketua Daerah Attin Naisin, Pengerusi Penganjur Agnes James Tan, penaja utama merangkap pemilik Liang Furniture Chin Yun Eng, ketua-ketua jabatan, ibu bapa, sukarelawan dan pelatih Ranau PPDK. –TAMAT–