JAMES ketika turun padang melawat beberapa buah Klinik Kesihatan di Daerah Kecil Paitan
PAITAN: Sempena dengan Bulan Ramadan ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib telah mengadakan beberapa siri lawatan ke DUN Sugut baru-baru ini.
Pada Isnin, beliau yang juga Adun Sugut meneruskan program di kawasan tersebut dengan melawat beberapa buah Klinik Kesihatan dalam Daerah Kecil Paitan.
“Antara Klinik Kesihatan yang sempat saya lawat sepanjang hari ini adalah Klinik Kesihatan Sungai-Sungai yang sedang dalam pembinaan, Klinik Kesihatan Simpangan Paitan dan Klinik Desa Botition.
JAMES menyampaikan sumbangan Pam Air kepada staf Klinik Sungai-Sungai sambil disaksikan Dr.Maria
“Dalam lawatan ini, saya telah diiringi Timbalan Pengarah (Bahagian Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr Maria Suleiman dan beberapa pegawai dan staf JKNS. Turut bersama saya dalam lawatan ini ialah Setiausaha Perhububgan Awam (SUPA), Justinus Jalang,” katanya.
Dalam kesempatan itu, James turut menyampaikan sumbangan pam air kepada Klinik Kesihatan Sungai-Sungai.
Pada sebelah petangnya pula, beliau menghadiri program berbuka puasa dan solat Maghrib bersama-sama dengan masyarakat setempat khususnya masyarakat Islam Kampung Tanjung Nipis di Masjid Baitul Rahman.
JAMES (tengah), Dr. Maria (kedua kanan) merakam gambar bersama sebahagian staf Klinik Kesihatan Simpangan, Paitan.
Pada majlis itu, beliau turut berkesempatan menyantuni golongan asnaf, ibu tunggal dan warga emas yang hadir, seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.
Hadir bersama-sama James dalam program ini ialah, PPM Sugut, Jalil Atang, Setiausaha Perhubungan Awam Kementerian (SUPA), Justinus Jalang dan Pemaju Mukim, Roslan.
Terdahulu pada Ahad, James berada di Kg Sungai-Sungai, Paitan, untuk menyantuni penduduk kampung.
SUMBANGAN…James (kanan) menyampaikan sumbangan sempena majlis berbuka puasa di Kg.Tanjung Nipis
“Pada yang sama, sempena Ramadan Al- Mubarak tahun ini, saya juga turut berbuka puasa bersama-sama dengan penduduk kampung khususnya masyarakat Islam di sini.
“Syukur Alhamdullilah, saya berkesempatan mengedarkan beberapa pek kurma yang diagihkan kepada masyarakat di sini untuk juadah berbuka puasa,” jelas beliau.