30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

James Ratib yakin UMNO-BN Sabah Kukuh, sokong Hajiji sebagai Ketua Menteri

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib yakin majoriti pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah masih memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Hj. Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Menjelaskan perkara itu, James berkata, menerusi satu pertemuan dengan kesemua Wakil Rakyat Umno Sabah baru-baru ini, beliau secara jelas melihat arah sokongan kesemua pemimpin parti itu masih menaruh sepenuhnya kepercayaan kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Hj. Noor selaku Ketua Menteri yang boleh mentadbir negeri ini kearah lebih maju dan berdaya saing.

Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah kemarin di Kota Kinabalu

“Saya secara peribadi menaruh keyakinan bahawa beliau masih seorang Ketua Menteri yang mampu membawa kemajuan negeri dan seluruh rakyat Sabah. Dalam perjumpaan bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Umno Sabah baru-baru ini, saya juga mendengar pendirian sama daripada mereka”. Katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah menjelaskan, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 ini, beliau yakin kesepakatan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) mampu meraih undi rakyat atas dasar kestabilan politik.

Katanya, senario politik di Sabah agak unik berbanding negeri lain kerana walaupun kadang kala terdapat sedikit perbezaan pendapat, namun ianya masih dapat diselesaikan menerusi rundingan dan bukannya mengambil tindakan melulu seperti yang dilakukan beberapa pihak.

“Kita kena wujudkan kestabilan politik demi masa depan negeri dan rakyat Sabah. Cukuplah menghangatkan suasana dengan pergolakan krisis-krisis politik yang akhirnya menjadi kebencian rakyat negeri Sabah”. Tegasnya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan tindakan tentera siber ahli politik pembangkang yang sering memutar belit sesuatu isu yang memberi gambaran negatif parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional.

Jelasnya, perkara itu bertujuan untuk mengeruhkan keadaan sebenar kerana disebalik tohmahan yang di lemparkan mereka, sebenarnya kepimpinan Kerajaan GRS dan BN masih kukuh walaupun berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

James turut komited untuk memberikan sokongan kepada mana-mana pemimpin GRS dan BN yang bertanding di kawasan parlimen tertentu dalam siri kempen akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN