James Ratib ucap tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

James Ratib ucap tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

21/08/2021 Off By Stringer

BELURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib merakamkan ucapan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Tegasnya, perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tepat dan beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa selain memiliki pengalaman luas yang mampu melancarkan pentadbiran Kerajaan Pusat selepas ini.

“Saya mengenali pemimpin ini sekian lama dan saya melihat sendiri komitmen beliau dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan sebelum ini diperingkat Kebinet Persekutuan memang cemerlang. Justeru, saya yakin beliau antara pemimpin yang tepat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia”, jelas James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah.

James turut berharap kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjadikan perubahan besar kepada pembangunan negeri Sabah sesuai dengan slogan ‘Sabah Maju Jaya’, khasnya pembangunan infrastruktur yang melibatkan keperluan utama rakyat Sabah.

Dalam masa sama, beliau bersama rakyat dikawasan Dun Sugut akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri baharu.

“Sebagai pemimpin dan Wakil Rakyat Dun Sugut, saya bersama-sama seluruh rakyat kawasan saya akan terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. Kami juga mendokan agar kepimpinan beliau terus diberikan kekuatan khasnya dalam mendepani cabaran Covid-19 ini”, tegas James.

Pada Sabtu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu adalah bagi mengisi kekosongan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 16 Ogos lepas susulan kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.