Jambatan gantung Mohimboyon yang baru siap
RANAU: Pembinaan jambatan gantung bernilai RM150,000 di Kg Mohimboyon sebagai pengganti sementara jambatan konkrit yang dihanyutkan arus deras di sini baru-baru ini telah siap.
Pembinaan bermula di tapak jambatan konkrit yang musnah menghubungkan Kg Mohimboyon dan Kg Lipantai pada 9 Jan lepas oleh Tentera Diraja Malaysia (ATM) Lokawi.
Jambatan gantung itu bertindak sebagai lintasan sementara penduduk kampung serta murid sekolah yang lebih selamat dan kukuh berbanding lintasan buluh sementara yang mereka bina di sini sebelum ini.
Kerja-kerja pembinaan jambatan gantung sepanjang 50 meter itu dilakukan ATM Lokawi manakala BQ dan pelan oleh Pejabat Daerah Ranau termasuk material. Keseluruhan proses pembinaan mengambil masa kira-kira dua minggu.
Jalan terbabit bukan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan tiada aset JKR digunakan selain aset pembinaan milik tentera.
Peruntukan untuk projek itu disalurkan daripada Tabung Bencana Alam Negeri dan tiada peruntukan daripada ADUN.
ATM bersama ketua kampung dan beberapa penduduk di sini beramai-ramai meraikan pembukaan jambatan gantung tersebut
Keputusan untuk membina jambatan gantung telah dibuat, kerana ia pantas dibina dan tidak lama lagi akan siap untuk digunakan oleh orang ramai dan pelajar.
Berikutan itu, ialah jambatan konkrit bernilai RM500,000 untuk kenderaan, walaupun memerlukan sedikit masa untuk dibina. Pejabat Daerah sedang menentukan reka bentuk untuk pelaksanaan jambatan itu.
Pegawai Daerah, Jumain Abdul Ghani merakamkan Penghargaan Kepada Rejiman Askar Diraja (RAJD) Kem Lok Kawi Diatas Komitmen Membantu Menyiapkan Jambatan Gantung Sungai Tahukad, Kg Mohimboyon Ranau. Jambatan Asal Musnah Akibat Banjir Besar Baru-Baru Ini.
“Alhamdulillah jambatan gantung ini siap dalam tempoh dua minggu memandangkan kegunaan penting para pelajar dan warga Kg Mohimboyon dan Kg Lipantai.
“Untuk Jambatan Konkrit Pihak Pejabat Daerah Sedang Proses Siapkan Persiapan Akhir,” katanya.
Susulan kemusnahan jambatan konkrit asal, penduduk di kedua-dua kampung itu mempertaruhkan keselamatan mereka sendiri untuk membina lintasan buluh sementara susulan jambatan yang menghubungkan kedua-dua kampung itu runtuh.
Jambatan konkrit sebelum ini dihanyutkan selepas dilanda arus air Sungai Tahukag yang melimpah akibat hujan lebat berterusan, manakala jambatan buluh sementara turut mengalami nasib serupa.
Pada Ahad, pembukaan Jambatan Gantung Kg Mohimboyon sebagai laluan utama dan perhubungan antara Kg Lipantai dan Kg Waang Lama yang telah dirasmikan oleh ATM bersama ketua kampung dan beberapa penduduk di sini.