30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JAMBATAN BAHARU AKAN DIBINA DI KAMPUNG BUANG SAYANG : PPM LAMAG

TINJAU…Abu Bakar (kiri) ketika meninjau keadaan jambatan di kampung Buang Sayang yang hanya diperbuat dari beberapa batang kayu.

KINABATANGAN: Kesulitan penduduk kampung Buang Sayang terletak di kawasan Dewan Uandangan negeri Lamag yang terpaksa melalui jambatan yang hanya diperbuat dari beberapa batang kayu mendapat perhatian dari Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag Abu Bakar Gapar.

Beliau yang dimaklumkan oleh penduduk kampung berhubung masalah tersebut segara turun padang bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.

“ Hari ini saya sendiri turun padang bagi melihat aduan serta masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berhubung dengan kesulitan mereka melalui jambatan yang hanya diperbuat daripada beberapa batang kayu sebagai laluan harian mereka” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke jambatan tersebut baru-baru ini.

Menurut Abu Bakar keadaan jambatan tersebut sememang tidak sesuai dan membahayakan keselamatan pengguna yang melaluinya sebagai perhubungan perjalanan seharian.

Tambah Abu Bakar perkara tersebut akan di panjang kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun kawasan tersebut Dato Sri Bung Moktar Radin untuk diambil tindakan susulan bagi membina sebuah jambatan baharu bagi menggantikan jambatan yang sediaada.

“ Saya akan bawa perkara ini kepengetuhan Bung dan saya yakin tindakan segara akan diambil bagi membina sebuah jambatan baharu samaada melalui peruntukan Adun atau Parlimen dan saya berharap penduduk kampung bersabar menunggu pembinaan sebuah jambatan baharu” katanya.

Menurut Abu Bakar lagi ,Bung sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut semamangnya cakna terhadap keperluan penduduk kampung di kawasan beliau terutamanya dari segi kemudahan asas dan sentiasa berusaha agar segala nikmat pembangunan dapat dirasai oleh rakyat khususnya di kawasan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN