31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JAMAWI BERHARAP PEMBINAAN KOMPLEKS SUKAN TENOM IKUT JADUAL

TELITI..Jamawi bersama kontrator pelaksana ketika meneliti plan pembinaan kompleks sukan Tenom semasa lawatan beliau baru baru ini.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

TENOM: Masyarakat di daerah ini menzahirkan harapan agar pembinaan Kompleks Sukan daerah Tenom yang kini dalam proses pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pengerusi JJ Footbal Club Jamawi Jaafar berkata beliau diberikan oleh jaminan oleh kontraktor pelaksana bahawa kerja-kerja pembinaan kompelks sukan ini akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

” Kompleks Sukan yang serba lengkap di daerah ini sudah sekian lama menjadi indaman penduduk di sini terutamanya golongan muda untuk menjalani aktiviti riadah dan saya diberikan jaminan oleh kontraktor pelaksana perlaksanaan projek ini selari dengan jadual kerja yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan” katanya ketika ditemui selepas meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan kompleks tersebut di sini kemarin.

Mengimbau kembali sejarah perjuangan untuk meminta kompelks sukan Tenom agar dapat dinaik taraf Jamawi yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom berkata, cadangan permohonan tersebut telah diajukan kepada Menteri Belia dan Sukan ketika itu Khairi Jamaluddin semasa merasmikan mesyuarat pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom tahun 2015.

” Alhamdulillah cadangan serta permohonan kita mendapat maklum balas yang positif dari kerajaan Pusat dimana ketika itu Khairi merupakan Menteri Belia dan Sukan yang telah meluluskan permohonan tersebut dan kini setelah hampir 7 tahun menunggu projek ini akhirnya diluluskan dan kini sedang dilaksanakan” katanya.

Jamawi menambah dengan siap sepenuhnya kompleks tersebut ianya akan menjadi pusat riadah bagi masyarakat di daerah Tenom dan pelbagai kegiatan sukan dapat diadakan ditempat yang lebih kondusif seperti perlawanan bola sepak juga dijadikan sebagai lokasi bagi pihak sekolah menganjurkan kejohanan sukan tahunan.

” Insyallah saya akan sentiasa memantau kemajuan perjalanan projek ini agar kualiti serta kemudajannya dapat dinikmati oleh masyarakat daerah Tenom” jelas Jamawi

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN