32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JAMAWI AJAK PETANI CEBURI TANAMAN BUAH BUAHAN YANG MEMPUNYAI PASARAN TINGGI

 

TUNJUK AJAR..Jamawi berkongsi pengalaman bersama pengerusi pengerusi MPKK yang hadir cara cara mencantum Durian Musang King sempana majlis tersebut.

KEMABONG: Dalam usaha meningkatkan taraf pendapatan serta  mengurangkan perbelanjaan mengimport makanan negara, wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, petani perlu mempelbagaikan dan meneroka penanaman buah-buahan yang mempunyai pasaran tinggi dan  menggunakan teknologi moden.

Beliau  berkata, kerajaan menggalakkan petani dan pekebun mengusahakan pertanian campur untuk memastikan mereka memperoleh pendapatan yang stabil dan lebih baik.

“Mereka tidak boleh bergantung kepada satu tanaman tertentu sahaja, contohnya apabila harga jatuh, petani yang terlibat akan terjejas,” katanya

ketika ditemui selepas merasmikan program taklimat dan penyerahan bibit pertanian kepada   Dun di pengerusi-pengerusi Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung ( MPKK) di dewan terbuka Kemabong baru baru ini.

Pada majlis tersebut Jamawi  bukan sahaja menyerahkan bibit bibit durian musang king tapi sebagai bekas Pegawai Pertanian beliau memberikan tunjuk ajar cara cara mencantum durian musang king / duri hitam dan  cara cara menanamnya .

” Dalam membantu petani khususnya di kawasan ini agar boleh berusaha dan berdikari , saya lebih suka “memberikan mereka  kail bukan ikannya” dalam erti kata menyediakan bantuan bibit dan khidmat nasihat hasil daripada pengalaman saya  menguasahakan tanaman ini  sebagai garis panduan untuk mereka maju dalam bidang pertanian” katanya.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata tanaman seperti durian Musang King/duri hitam  ,Nenas MD2 Avocado Pomelo Dan Lada Sula(lada Hitam) boleh memberikan pulangan yang baik jika ianya diusahakan sepenuhnya .

Menurut beliau pengurusan perlu dibuat oleh pengurus pakar dengan mengguna cara-cara pengurusan ladang besar dan teknologi yang terkini bagi menjamin mutu serta kualiti tanaman yang ditanam.

Jamawi menambah masa

depan potensi tanaman komoditi berkenaan adalah sangat tinggi memandangkan ianya mempunyai permintaan pasaran luar negara yang sangat tinggi.

“Sejak 2014, harga durian musang king meningkat sebanyak 200 peratus, harga yang dijual di China atau Hong Kong lebih mahal berbanding di sini, sebab itu ramai pelancong datang ke Sabah untuk membeli barangan berasaskan buah-buahan ini” katanya 

Malahan menurut beliau permintaan

dari China, Hong Kong dan Singapura terhadap musang king sangat tinggi, negara seperti Brunei, Australia, Amerika Syarikat khususnya California, San Francisco serta China Town yang lain sememangnya ingin membeli produk ini.

Jamawi berkata adalah  menjadi harapan kerajaan agar petani memperoleh pendapatan yang sama dengan mereka yang bekerja di bandar supaya tiada jurang pendapatan yang jauh antara masyarakat bandar dan luar bandar.

“Kerajaan melalui Kementerian Pertanian  akan terus memberikan sokongan terhadap usaha sedemikian. Sabah masih mempunyai kawasan tanah yang luas belum diterokai,” katanya. https://www.borneodailybulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN