SERAH….Andy menyerahkan susu khas dan keperluan lain kepada Wong Ah Ling untuk membantu meringankan beban selepas suaminya lumpuh akibat serangan strok.
LABUAN: Sebuah Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan, Mutiara Labuan Charity (MLC) tampil menghulurkan sumbangan kepada Lau Shing Jie yang terlantar sakit akibat serangan strok sejak empat bulan yang lalu.
Sumbangan berupa keperluan dapur serta wang tunai disampaikan sendiri oleh Pengerusi MLC, Andy Yong kepada isteri pesakit, Wong Ah Ling di kediamannya Taman Perumahan Batu Arang, Tanjung Aru, pada Ahad.
Hadir sama, Setiausaha MLC, Fieza Awang dan Ketua AJK MLC Kristin Thien,
Selain barang dapur MLC juga turut menyumbangkan dua tin susu khas Netrun Diabatik yang diperlukan oleh Lau untuk terus bergantung hidup.
Andy yang juga seorang peniaga terpanggil untuk membantu keluarga Lau selepas melihat ciapan Facebook Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli ketika melawat Lau untuk menyampaikan bantuan.
TERLANTAR….. Andy bersama Fieza ketika melawat Lau Shing Jie yang sakit terlantar di rumahnya di Taman Perumahan Batu Arang, Tanjung Aru.
MLC yang turut bersimpati dengan keadaan nasib keluarga Lau berjanji akan membantu mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan yang berkaitan termasuk syarikat swasta sebagai usaha membantu meringankan beban ahli keluarga berkenaan.
Sementara itu, Wong Ah Leng mengucapkan terima kasih kepada MLC dan juga Datuk Rozman yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mereka.
Menurut Wong, sebelum ini suaminya sering mengadu sakit kepala dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan beberapa hari sebelum diserang strok dan tidak sedarkan diri sehingga hari ini.
Akibat serangan strok tersebut Lau yang bekerja sebagai pemandu lori telah diberhentikan oleh majikannya selepas tiga bulan tidak dapat bekerja, sekaligus Lau kehilangan punca pendapatan.
Sementara itu, isterinya (Wong) tidak dapat bekerja kerana terpaksa mamantau kesihatan suaminya sepenuh masa di rumah selain menjaga tiga anak mereka yang masih kecil dan bersekolah.
Namun bagi meneruskan kehidupan, Wong terpaksa mengambil upah menjaga anak jirannya yang dihantar ke rumah untuk masa-masa tertentu dengan bayaran RM20.00.
Sementara itu, Andy merayu kepada badan-badan kebajikan dan ahli korporat mahupun syarikat swasta yang berkemampun untuk menghulurkan sumbangan terutamanya untuk membekalkan susu khas Netrun Diabetis.
Ini kerana Lau Shing Jie hanya bergantung kepada susu berkenaan untuk meneruskan hayat, namun isteri Lau tidak mampu membeli susu berkenaan kerana harganya yang agak mahal.http://BorneoDailyBulletin