25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JALAN UTAMA DAN BUKIT RUNTUH EKORAN HUJAN BERTERUSAN AKAN DIBAIKI SEGERA: BUNG

RUNTUH..Kejadian tanah runtuh di kampung Panapuan Bukit Kelawat yang dilaporkan media akan diperbaiki Segera

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya akan mengambil tindakan susulan untuk membaiki segera jalan runtuh dan Batu yang jatuh di kampung Panapuan (Bukit Kelawat) Kota Belud.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin(gambar) dalam hantaran di media sosial beliau berkata, beliau mengambil maklum perkara ini melalui hantaran gambar gambar rakan rakan media melalui aplikasi wahtsApp yang dihantar kepada beliau baru baru ini .

” Saya menerima maklum balas dari Jurutera daerah jika keadaan banjir pulih serta keadaan cuaca mengizinkan ,kerja kerja pembaikan akan dilaksanakan Hari ini(Selasa) ” Katanya dalam hantaran tersebut.

BUNG

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri I begitu juga kerja kerja pembaikan tanah yang terhakis di Jambatan utama Piasau akan diperbaiki segera jika keadaan cuaca mengizinkan.

” Jambatan ini adalah salah satu jalan alternatif apabila laluan utama Bobot Dan kawasan sekitarnya dinaiki air (banjir) ” Katanya.

Bung berkata beliau telah meminta semua jurutera daerah JKR di setiap daerah agar memantau setuasi jalan jalan yang berasiko untuk runtuh terutamanya di musim hujan yang berlaku di negeri ini agar tahap keselamatan terkawal demi kepentingan pengguna.

Beliau juga menghargai sokongan media yang sering melaporkan setuasi semasa mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku dimana mana jalan utama di negeri ini samaada melalui media sosial atau aplikasi WahtsApp peribadi kepada beliau sendiri.

” Kementerian sentiasa cakna kepada isu isu seperti ini dan akan mengambil tindakan susulan kepada setiap laporan yang dikemukakan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN