26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jalan Bingkor “By Pass” akan ditutup sehingga pembinaan jambatan konkrit siap

Robert (tengah)meneliti pelan jambatan baharu di Kampung Sasaie.

KENINGAU:Jalan Bingkor “By Pass” yang melalui Kampung Tudan Baru akan ditutup apabila pembinaan jambatan konkrit di Kampung Sasaie bermula.

Jurutera  Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Keningau Zulkefli S. Arjud berkata, laluan itu akan ditutup sepenuhnya sehingga kerja pembinaan selesai.

“Ini bagi memastikan proses kerja berada pada tahap “full swing” agar tiada ruang yang dibazirkan hingga mengakibatkan kelewatan” katanya semasa memberi taklimat dan  penerangan kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin yang melawat di tapak pembinaan jambatan itu pada Khamis.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor diberi taklimat mengenai pelan pembinaan dan susunatur pelaksanaan pembinaan jambatan berkenaan.

Zulkefli meminta agar penduduk yang biasa menggunakan laluan tersebut bagi menjalani rutin harian supaya dapat bersabar untuk sementara waktu dan menggunakan laluan-laluan alternatif yang sedia ada.

Pada masa sama beliau mengucapkan terima kasih ADUN Bingkor itu atas usahanya sehingga pelaksanaan pembinaan jambatan konkrit yang baharu ini akhirnya menjadi kenyataan.

Sementera itu, Robert  berpuas hati dengan tahap kesediaan oleh pelaksanaan yang akan memulakan kerja-kerja pembinaan  pada bila-bila masa yang terdekkat.

Beliau juga berharap para pengguna laluan jalan tersebut dapat bersabar dan nemberikan kerjasama kepada pihak kontraktor yang melaksanakan pembinaan jambatan tersebut.

“Gunakan jalan alternatif yang telah ditentukan oleh pihak JKR” katanya.

Turut sama dalam lawatan itu, Jurutera Jabatan Air  Keningau Doddy Jude, Pen Jurutera PDK Keningau Pegawai Perhubungan Parlimen P.180 Keningau Lectus Fung, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred Vincent dan wakil kontraktor pelaksana iaitu Syarikat Konsesi Globinaco.

Terdahulu Robert dan rombongan melakukan lawatan ke tapak tangki utama bekalan air bersama jurutera Jabatan Air dan kontraktor pelaksana bagi pembinaan sambungan bekalan air bersih ke Kampung Bandukan dan tapak cadangan untuk pembinaan tangki penyimpanan bekalan air ke Kampung Bandukan yang terletak di kawasan berhampiran dengan kampung.

Dalam lawatan Robert juga meminta agar kontraktor yang dilantik mempercepat pelaksanaan sebaik sahaja proses dokumentasi selesai.

Beliau juga dengan rendah diri memohon agar tiada penduduk yang membantah apa juga proses kerja dalam melaksanakan pembinaan ini kerana ia adalah satu keperluan utama yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk sekitar khasnya penduduk Kampung Bandukan Lama.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN