26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jahid: Amalan gotong-royong mampu terap­ sikap bertanggungjawab

TERIMA KASIH …. Pengerusi JPKK Kampung Monggis, Naim Dalunsu (kanan) menerima sumbangan daripada Jahid.

TAMPARULI: Amalan gotong-royong mampu menerap­kan sikap bertanggungjawab dalam kalangan penduduk setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, gotong-royong bukan sahaja dapat meringankan satu kerja yang berat, tetapi juga mampu mengeratkan perpaduan dalam sesebuah komuniti.

“Semua tahu, nikmat gotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang masih dipraktikkan dalam gaya hidup moden masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke program gotong-royong membina tandas milik seorang penduduk di Kampung Monggis, dekat sini hari ini.

Turut hadir Penyelia Kemajuan Masyarakat Tamparuli, Boe Sindolun, Ketua Anak Negeri (KAN) Tenghilan, Selvis Gambar, dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Monggis, Naim Dalunsu.

Katanya, amalan tersebut memberi semangat kepada masyarakat bahawa tugasan berat mana pun mampu diselesaikan dengan baik kerana semua pihak menghulurkan bantuan.

“Keadaan ini pasti menjadikan semua perkara dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah,” tambahnya.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, memuji semangat yang ditunjukkan masyarakat kampung menerusi usaha mengadakan gotong-rotong berkenaan, walaupun terpaksa diadakan dalam norma baharu.

Diadakan dalam suasana penuh prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kehadiran secara bergilir, program itu dilihat berjaya.

Jahid turut menyerahkan wang tunai sumbangan peribadinya sebanyak RM1,000 pada program tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN