32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jaga ahli dan parti PGRS Sugut: James Ratib

JAMES (duduk tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat khas Parti PGRS di Bilik Gerakan PGRS Botition pada hari Jumaat.

BELURAN: Adun Sugut merangkap Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sugut Datuk James Ratib menggesa semua ketua-ketua cawangan parti itu supaya melaksanakan tugas dengan menjaga ahli dan parti dengan sebaik-baiknya.

“Misi adalah bertujuan bagi memenangi pilihan raya yang bakal diadakan kelak. Justeru ketua-ketua cawangan bertanggung jawab sepenuhnya keatas ahli dan pengundi dalam jagaan masing masing,” katanya.

Menurut beliau, sistem ini dilihat lebih berkesan berbanding cara yang digunakan pada masa lalu.

James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat khas Parti PGRS di Bilik Gerakan PGRS Botition pada hari Jumaat.

Sementara itu, dalam masa sama , katanya, satu Bengkel Gerak Kerja Khas kepada Ketua-Ketua Cawangan Zon Botition akan diadakan pada tahun ini.

Katanya, Bengkel Gerak Kerja Khas diadakan bertujuan agar semua ketua cawangan mempunyai pendedahan ilmu dan lebih mantap melaksanakan tugas.

Tambah beliau lagi, dengan cawangan sebanyak 300 sudah pasti mencerminkan kemenangan buat calon PGRS di Sugut, tapi usaha yang lebih lagi masih diperlukan.

“Namun cawangan sebanyak itu dengan lebih 9,000 ahli, bukanlah satu jaminan untuk menang selesa sekiranya tidak berkerja keras dan sentiasa leka dengan kelebihan yang sedia ada,” katanya.

James yakin dengan persefahaman dan gerak kerja yang teratur sudah pasti memberikan impak positif yang besar serta menjamin pulangan baik kepada rakyat Sugut dalam perjuangan memartabatkan dan menjulang parti.

Mesyuarat dihadiri Timbalan Ketua Bahagian Jalil Atang, Ketua Pergerakan Wanita PGRS Sugut Rina Doing, Ketua Pergerakan Pemuda PGRS Sugut, Justinus Jalang, Ketua Pergerakan Beliawanis Sugut Nurul Syafinah James, Setiausaha Abdul Kadil Doing, Ahli Jawatankuasa Bahagian, dan Ketua Pergerakan Sayap-Sayap Cawangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN