31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan sambutan Natal sebagai landasan mengekalkan keharmonian, perpaduan serta toleransi: Jonathan

RANAU:  Timbalan  Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan  Yasin, menyeru penduduk supaya menjadikan ruang dan peluang sambutan hari Natal sebagai landasan untuk mengekalkan keharmonian, perpaduan serta toleransi yang mantap, tanpa membezakan agama, budaya suku kaum dan idologi politik.

“Kita tetap hidup bersatu-padu, harmoni dan bermuafakat sebagai ‘Satu Keluarga Malaysia’, mengekalkan persaudaraan”, jelas Datuk Jonathan.

Beliau berkata, kita amalkan penduduk  yang boleh  dicontohi walaupun berlainan agama tetapi tetap harmoni dan mengekalkan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain.

‘Inilah yang mau kita kekalkan buat selamanya agar persaudaraan kita kekal sampai bila-bila”, tegas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan sambutan Krismas antara KKD St Anthonius Kg.Mininsalu, Kg.Pasir Putih dan Kg.Sumaang di sini kelmarin (27 Disember).

MENYERIKAN MAJLIS….Persembahan Koir Krismas peringkat Kg.Mininsalu.

Menyentuh permohonan penduduk untuk beberapa projek pembangunan Kg.Mininsalu dan kampung-kampung sekitarnya, Jonathan menyeru agar bersabar kerana hujung tahun biasanya  peruntukan yang terhad sudah habis diagihkan untuk pelbagai projek di kawasan kampung lain yang telah mengemukakan permohonan lebih awal

“Permohonan di kampung ini seperti yang dikemukakan secara lisan dan bersurat, oleh Pengerusi JPKK termasuk pembaikan tandas dewan mini, kita bawa ke tahun hadapan apabila mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat”,jelas Jonathan

Menurutnya peruntukan kawangan yang sangat terhad terpaksa diagihkan kepada projek-projek diperingkat kampung di kawasan Parlimen Ranau yang begitu luas berbanding dengan keluasan negeri Perlis, negeri paling kecil tetapi punyai Ahli Parlimen yang agak ramai.

“Ahli Parlimen mereka ramai walaupun negeri kecil berbanding keluasan Parlimen P.179 Ranau yang luas mempunyai 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara faktor kenapa peruntukan tidak mencukupi untuk menampung keperluan membiayai projek untuk rakyat”, kata Datuk Jonathan sambil mengharapkan peruntukan akan ditambah pada tahun depan.

Turut berucap ialah, Pengerusi JPKK Kg.Mininsalu, Kuiky Bin Gimbor dan Pengerusi penganjur merangkap Pengerusi KKD St.Anthonius, Philip Lakadzi dihadiri lebih 100 penduduk yang semuanya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Majlis berakhir dengan persembahan Koir Krismas oleh kanak-kanak Kg.Mininsalu.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN