29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan perjuangan tuntut kemerdekaan inspirasi lawan Covid-19: Bung

LEKAT..Kelihatan Abu Bakar bersama kaki tangan UPPM Lamag mewakili Bung mengagih-agihkan Jalur Gemilang kepada pemandu dalam pematuhan SOP yang ditetapkan di kawasan Kinabatangan.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KINABATANGAN: Semua anggota masyarakat khususnya di kawasan Kinabatangan disaran menghidupkan suasana sambutan Hari Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik walaupun negara masih berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19.
Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin ( gambar ) berkata, penularan Covid-19 sejak lebih setahun lalu sehingga menjejaskan kehidupan normal masyarakat tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk melupakan detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan
Beliau berkata, semangat pemimpin terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaan perlu dicontohi dan dijadikan inspirasi untuk melawan Covid-19 musuh yang tidak dapat dilihat dan amat berbahaya ketika ini.
“ Pelbagai cara untuk kita menzahirkan semangat patriotik kepada negara antaranya mengibarkan jalur gemilang di kediaman masing-masing dan yang paling penting ketika negara berhadapan pandemik COVID-19 ialah mendisplinkan diri dan bersoladiriti menanganinya dengan cara mematuhi Prosiduer Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan” katanya ketika mengagih-agihkan jalur gemilang kepada penduduk di sini kemarin.

Beliau di wakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar yang turut di hadiri oleh Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap And Rahim bersama kakitangan (UPPM) Lamag.

Menurut Bung yang juga Wakil Rakyat Lamag ,walau apa pun keadaan sekarang (yang masih) berdepan dengan pandemik Covid-19 ini, tetapi semangat menyambut Hari Kemerdekaan itu wajar diteruskan kerana itu boleh menyatukan hati seluruh anggota masyarakat.

“Kita boleh berselisih faham dalam banyak perkara, berdepan dengan pelbagai ujian dan pandemik, tetapi soal kesetiaan kepada negara, soal kemerdekaan negara kita adalah sesuatu yang amat penting’ katanya.
Sementara itu PPM Lamag Abu Bakar Gapar meminta masyarakat khususnya di kawasan Lamag agar sentiasa mematuhi arahan serta SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan tersebut.

Katanya, dengan cara mendisplin diri dan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan masyakat boleh mengakang penularan virus COVID-19 dari terus merebak.

Menurut Abu Bakar beberapa buah kampung di kawasan tersebut telah pun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) yang bertujuan untuk mengkakang penularan virus COVID-19

“ Wakil Rakyat kawasan ini (Bung ) sentiasa cakna masalah ini dan bantuan sewajarnya terutamanya bantuan bakul makanan turut diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat dengan (PKPD) ini” jelas Beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN