27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan majlis rumah terbuka aidilfitri sebagai landasan memperkukuh perpaduan: Jonathan

Sebahagian penduduk sempat merakam gambar bersama Jonathan (tiga kiri) dan Majus (kiri sekali).

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menyeru penduduk agar menjadikan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dan perayaan lain sebagai landasan dan tunjang  kekuatan memperkukuhkan  perpaduan, persaudaraan dan keharmonian berkekalan dikalangan masyarakat, tanpa membezakan latarbelakang mereka.

Jonathan menegaskan, menerusi program majlis rumah terbuka melibatkan semua kaum dan agama  adalah selaras dengan konsep Masyarakat Madani Malaysia.


“Justeru ketepikan segala perbezaan dan amalkan masyarakat bersatu padu secara berterusan”, jelas Jonathan ketika ditemui dalam rangka ziarah majlis Rumah Terbuka Hari Raya  penduduk
di beberapa buah kampung di kawsan Parlimen Ranau.

Sementara itu, ramai ketua keluarga (Tuan Rumah) yang.mengadakan majlis rumah terbuka merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Jonathan meskipun bukan seagama dengan mereka.

” Macam itulah antara ciri-ciri pemimpin yang terbaik dan prihatin dengan aspirasi rakyat”, jelas salah seorang ketua keluarga, di Kg. Lohan, Haji Saridih Bin Ahmad sependapat dengan mantan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Tuan Majus Munsing.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN